BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 7 August 2016

WELCOME 1st POST IN 2016

Assalamualaikum pembuka bicara. wahh berhabuk dah blog ni.. last update pun tahun lepas. okey jom masuk zaman blog macam dulu2 balik xD

Haa actually bulan September tahun lepas aku dapat masuk ke uitm puncak alam. bahahaha. dekat sangat dah dengan rumah kan. kahkah memang jodoh dengan puncak alam ni sampai tahun 2019 (tahun grad inshaAllah ^^) kalau jodoh pun dgn orang puncak alam, memang tak berkembang lah aku hahaha.(ecehh takde maksud lain eh) Dari umur 8 tahun duduk kat puncak alam sampailah ke harini dah duopuloh (masa 3/8 haritu) ececeh. Family aku ni kira otai lah dalam puncak alam ni lol

Baiklah, hari ni sebenarnya dah dekat 4 minggu duduk dekat rumah sebab cuti semester. Sebenarnya nak cerita pasal uitm ni lah. adehhh pening kepala. bukan apa, well semua kos dekat universiti ni memang buat kita tension lah kan. asyik2 nak hadap buku je. hmm kos farmasi ni pun aku ambil atas 2 sebab. sebab pertama is misunderstanding. aku dulu ingat farmasi ni hanya ada chemistry je ( sillynya lahaii ). mati2 ingatkan takde biologi sebab yelah kat matrik tak ambik biologi kan, rasa culture shock gak lh. memang patut dapat pointer cemtu masa sem 1 dulu. -_-

sebab kedua is yeah well mak suruh lah. tapi dulu aku xdelah nak bantah ke ape ke sbb aku memang minat chemisrty kan. so follow the flow jelah. hmm bila dah masuk sem 1 memang rasa macam nak drop wehh. gila kau anatomy lah physico chemical basis lah ape lah aku dh tak ingat kos sem 1 dulu (sekarang baru sem 2 dah nyanyuk dah -_-). kebanyakan budak yg ambik farmasi ni dulu diorang asasi sains kat uitm puncak alam and ex-diploma sains and farmasi. wehhh dorang ni memang confirm2 lah hebat gila namati kan.

dalam satu kuliah (190++ orang), lebih kurang 8 orang je ambik kos fizik masa dekat matrik dulu, aku tak tau macam mana dorang boleh go on dengan kos ni sebab aku tahu, memang susah utk budak fizik adapt dengan farmasi ni but lain lah kalau dorg memang minat farmasi ni kekeke. 

Tapi yang best nya, ada sorg doktor nama dia dr. shiha selalu tanya pasal kitorang ni. dia kata tak nak kitorang rasa terasing, yelahh dah setahun dok belajar fizik tetiba masuk uni kena belajar dna lah cell lah. dia takut kitorg culture shock lah kot. (THANKS DR SHIHA FOR NOTICING OUR PRESENCE). but dr, saya minta maaf course yang dr ajar which is biochemistry is a very very very very killer subject for me. Serius, aku belajar biochemisty tu bebetul pun sebab dr shiha bg semangat tinggi sgt dekat kitorang. aku pun taknak lah kecewakan dia, but yeah biochem memang susah tahap maksima. But classmates aku ramai yang ckp biochemistry is not a killer subject for them. huwaaa sedih nya :'/ ramai cakap pharmaco killer subject, tapi bagi aku pharmaco is better than biochem. entahlah, orang lain2 kan huhu.

Haa lagi satu nak cerita

Classmates ada 31 orang. PH2402A. jap nak ingat nama diorang. airin,aina,afitah,hani,ajmal,hana,kakfatin,kakjeerah,kakwani,kakamni,kakyaya,kakshira,kakwawa,fefe,fad,fatin,dayah,yana,afifah,shu,aisyah,huda,miza,zai,afina,ida,haq,faris,suhaimi,adi,aizat.

haa yeyy nasib baik cukup. haha saja je tulis kat sini. mana tau nanti dah lama2 lupa lak nama mereka2 ni xD So far aku tak rapat sangat dengan semua lagi. well aku dulu kat matrik pun perlukan masa lebih 6 bulan untuk rapat dengan rumate weh. susah sikit nak adapt dengan budak2 baru dan semua pandai2 belaka plak tu.. rasa rendah diri gila2. (rasanya aku lah yg paling x berapa nk pandai dlm kelas tu) <- 340 darjah berbeza dengan masa kt matrik dulu :(

Hemmm tak tau lah nak tulis apa lagi ni ha. tunggulah nanti mana tau ada something menarik yg berlaku, aku post lagi. k

Pesanan : tak paayahlah main pokemon go tu, ish2. hahahahahahha
Assalamualaikum.







0 comments: