BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 7 August 2016

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG part 1

(ini post lama, lupa nak publish ish2)
Assalamualaikum..
Sedar tak sedar aku dh 19 tahun rupanya kekeke :3
Actually dah lebih 5 bulan dah tinggalkan kehidupan matrik , tp now tiba2 rasa nak kongsi pasal kehidupan kat sana. P/s : sebenarnya dh lama rasa nk post ni, sbb b4 masuk matrik last year aku punya tercari2 blog and post ape2 lah pasal KMPP , but hasilnya.... fuhh hampehh. ZERO. then aku decided biarlah aku jadi org pertama (yeke...)yg tulis pasal tempat kesayanganku , KMPP <3

Sebenarnya agak kekok gak nk menaip ni, sbb dah lama sgt hiatus :p org menganggur 4 bulan lah katakannnn kikiki.. now aku dh sambung degree in pharmacy kat UiTM Puncak Alam.. Bila dh masuk dunia degree and university ni , barulah terasa Ya Allah bestnyaaaa hidup matrik dulu. So korg2 yg baru nak masuk matrik ni , please lah , tolong lah hargai masa berada kt matrik. (Lebih2 lg kmpp haha racist betol)

Actually , hidup matrik ni sama je mcm kat sekolah asrama ( for those yg pernah tinggal kt asrama , haa korg akan biasa dgn suasana matrik) but. ingat ek , dewan makan free tu memang takde lah. jgn berangan sgt nk makan free xD Aku sendiri xpernah masuk asrama, tp rata2 org ckp camtu lah. Matrik is the second AsramaLife.

Cuma yg sangat sangat sangat membezakan is baju je. kikiki. Baju takdelah pakai baj skeolah tu, tp kena pakai baju kurung ONLY utk ke kuliah. So memang masa first dpt tawaran tu , terus gi cari baju kurung kakak , mak, nenek or sepupu yg korg boleh muat. Bawak je beribu pon takpe, aku ni haa sbb lack of baju kurung, terpaksa bawak lebih kurg 11 helai je :/

Alaa tp takpe , kalau korg jenis rajin basuh bolehlah pakai baju tu sepasang 2 kali seminggu (aku basuh seminggu sekali je haha). Ok move to next section, kehidupan matrik dari hari isnin sampai jumaat. Sebenarnya sama je hidup dri isnin sampailah jumaat. Takde beza pun actually xD 1stly, start kelas pukul 8 , balik bilik pukul 5. rata2 macam tu lah.

But takdelah straight sampai pukul 5 ada kelas, dia bg break dlm sejam or 2 jam.. ikut ah.. kalau dpt jadual baik, haa dia bg reaht 2 jam terus. kalau xbernasib baik , sejam je dpt. sejam tu agak tak cukup sebenarnya , yelah well you know kalau tak siap homework, agak2 sejam tu cukup x nak siapkan? tak kan???? haha. serius rasa nk ponteng je kelas lepas tu. but sepanjang aku kt matrik, (ni aku berani janji x tipu k) aku tak pernah sekalipun ponteng kelas.

ingat, letih n malas macam mana pun, pergi je kelas. Cari kawan yg sentiasa pergi kelas, yg rajin buat homework( boleh tiru) and yg rajin mengajak ke surau. Keberkatan tu penting sgt. Bila dh tak berkat, apa2 yg korg belajar jd mcm takde makna apa2 dah. ecehh. ( eh ni betul tau, Sirius)

Ok , dlm matrik Science ni ada 3 Modul. Modul I, II, III and ada modul Account.(Account aku tak tau sgt, sorry) 
Modul I : Mathematics, Chemistry, Biology, Physics
Modul II : Mathematics, Chemistry, Physics, Science Computer ( ni modul aku )
Modul III : Mathematics, Chemistry, Biology, Science Computer

SO SO SO, korg2 yg tak minat chemistry tu kan,,, memang xde pilihan dah. Memang wajib belajar chemistry kat matrik ni, tp kalau korg ambik account takdelah belajar Chemistry pulak.

Maybe ada yg konfius, dlm surat tawaran dia tulis lebih kurg mcm ni lah "anda ditawarkan pengajian M001". First2, mati2 aku ingat aku dpt modul I sbb dia tulis M001, then bila dh masuk barulah aku mengerti bahawa M001 tu is for Science. Gelabah kot aku masa tu, sbb tiba2 lect ckp aku dpt modul II. mana tak gelabah weh, first2 confident je ckp ngan mak ayah " mak,, suraya dpt modul I !!!!!!!!!!!" . So, pengajaran, jangan terlalu over-confident. tak elok.

part 2 akan disambung terima kasih.

0 comments: